♥ BE MY FRIENDS?♥

Friday, June 22, 2012

LOVE LETTER


________________________________________________________________________
                  MUHAMMAD BIN MD BASRI
                      495-A JALAN TAMAN INDAH,
                      73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN
________________________________________________________________________

NURNAZREEN EZRINA BTE ZAINAL ABIDIN,
NO 1 MUHAMMAD’S HEART,
860901 MUHD SOUL, MUHAMMAD’SLYF.
26TH MARCH 2012

Ir Prof Dato’ Dr Uztazah,

PER: PERMOHONAN LANJUTAN UNTUK KEKAL DI HATI CIK SELAMANYA

Merujuk kepada perkara diatas,saya Muhammad bin Md Basri, No K.P 860901045055 ingin membuat permohonan seperti yang dinyatakan diatas kepada pihak Cik untuk memohon supaya saya boleh terus kekal dihati Cik.

2. Disini ingin saya nyatakan yang saya betul-betul memerlukan ruang didalam hati Cik untuk meneruskan hidup saya.Sepertimana yang Cik sedia maklum,hidup saya kini hanyalah untuk Cik dan segala yang saya lakukan adalah untuk Cik jua.Cik merupakan sumber inspirasi terbesar dan terpenting dalam hidup saya.
Kehadiran Cik didalam hidup saya telah memberi semula semangat untuk saya terus bernafas dan hidup seperti seorang insan yang punya pegangan dan tujuan.

3.  Dikesempatan ini juga ingin saya ucapkan jutaan terima kasih kerana Cik telah sudi dan sanggup menerima diri yang serba kekurangan ini.Saya juga bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana telah membukakan pintu hati Cik untuk memberi ruang pada diri saya bagi memenuhi kekosongan didalam hati Cik,sesungguhnya Cik adalah anugerah yang terindah didalam hidup saya.

4.  Jadi sebelum saya menamatkan surat ini,saya betul-betul berharap yang Cik dapat mempertimbangkan permohonan saya ini dengan sebaik mungkin kerana saya ingin Cik tahu yang saya tidak mungkin mampu untuk meneruskan hidup saya tanpa Cik disisi.

Kerjasama dan Pertimbangan Cik amatlah dihargai.

Sekian.
‘MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah hati,


________________________________
 (MUHAMMAD BIN MD BASRI)
BAKAL KETUA KELUARGA KITA